Seram?

Bangunan Sultan Ibrahim 
(Bukit Timbalan)

Bangunan ni adalah bangunan antara yang tersejarah di Johor Bahru. Mestilah macam macam benda ada kan? Tapi aku kat sini bukan berniat nak takut kan korang lah kan biler lalu sini, sebenarnya walau macam ne pun jangan lah takut. Pasang niat dulu baru pergi, jaga percakapan. 


Sebenarnya aku pernah kena kacau kat sini. 2 Kali , time bergambar dan time habis sembahyang. Sebenarnya aku berkongsi ngan korang ni bukan nak belagak yang aku jumpa benda ni or pernah kena kacau. Tapi aku cerita ngan korang ni sebab aku nak korang buat benda yang sama macam aku buat iaitu BERANI . Berhenti berfikir tentang benda ni semua walaupun benda ni wujud tapi tak semestinya kita tak boleh datang ke tempat ni. 

Maksud aku BERANI ni bukan korang BERANI jumpa benda ni sampai boleh jadi macam cite Paranormal or pape tu. Maksud aku BERANI adalah KUATKAN SEMANGAT. Lepastu fikir dulu sebelum bercakap, jangan main hembus je. 
Jangan lupa jaga kebersihan dan pakaian. Kadang kadang benda yang kita tak rasa berlaku pun, akan berlaku. 

Kadang kadang kita tak buat ape ape pun dia ada juga. Yang penting jangan takut. Lagi kita takut lagi lah dia datang. Bagi orang orang Islam, kalau rasa seram sejuk pun, sebaiknya korang bacalah 3 Qul , Alfatihah, Berzikir dan pasang niat yang betul. Insya'allah berjalan lancar la semua. Aku rasa aku taktahu ape lagi nak bagitahu, yang paling penting nya jaga percakapan walau dimana kita berada. Benda ni merata bukan sahaja di kawasan ini sahaja. Kalau jumpa pun cuba kawal takut tu dan berani sampailah korang dekat kawasan lain. Tetapi dalam perjalanan tu, tetiba korang teringat pasal benda ni. Cuba rehat kan diri, agak agak dah okay sambung lah perjalanan anda. 

PERINGATAN!
Kepada pemandu kenderaan kereta atau motor. INGAT! Kadang kadang orang accident bukan sahaja kerana membawa laju tapi kadang kadang terkejut dan takut. Jadi baiknya korang pergi tempat yang ramai orang atau kawasan yang terang dan tenangkan diri sementara. Kemudian sambung perjalanan. Anda Mampu Mengubahnya .