You Me And DSLR

Assalamualaikum hai , 
Selamat datang ke "You, Me And DSLR" . Motif aku buat blog ni sebab aku suka bergambar and bercerita. Aku buat benda ni semua bukan sebab aku tak de kawan nak tunjuk or cerita kan, sebenarnya aku ni suka share kat semua. Maybe perasaan kawan aku tak sehebat korang rasa betul tak? so sebab tu lah aku share kat korang semua. Dalam blog ni aku bukan je post gambar, tetapi aku post video dan mungkin kalau aku ada masa aku share story sikit kat korang. 

Tapi sorry lah kalau blog ni lebihkan video daripada gambar, sebabnya aku lebih minat bervideo daripada bergambar. Aku minat bervideo sebab video lebih senang menceritakan kat orang tentang situasi yang sebenar berbanding daripada gambar. Bak kata pepatah aku, yang aku selalu cerita dekat orang "Gambar sebenarnya satu benda yang membuatkan emosi kita gembira dan menceritakan tetang sesuatu benda dengan pandangan yang sikit dan membuatkan kita tertanya tanya tentang situasi gambar tu. Tetapi video, lebih jelas menceritakan kita tetang sesuatu situasi dalam gambar tu dan lebih membuatkan kita gembira dan senang untuk mengenang sesuatu kenangan dahulu."


Pada photography aku lebihkan gambar gambar bangunan seperti contoh gambar bangunan ni. Motif nya sebab keunikan bangunan tu seperti bentuk gambar tu dan jugak sejarah nya. Seperti contoh. 

Bangunan Dataran Bandaraya Johor bahru. Bagi aku lah kan unik dia bukan datang dari Jam tetapi datang dari menara nya. Bangunan ni dibina pada 01 Januari 1994 pada pengisytiharan Johor Bahru sebagai bandar.

Gambar Bangunan Kedua pulak adalah bangunan Sultan Ibrahim ia merupakan bekas bangunan urus Setia negeri Johor. Ia terletak di Bukit Timbalan di Johor Bahru. Bangunan ini dibina pada antara tahun 1936 dan 1939 dan telah siap pada tahun 1940 kerana kerajaan kolonial British mencuba untuk menyelaraskan pentadbiran negeri. Ia telah dirasmikan oleh almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar. Keunikan nya adalah seni bina reka bentuk yang SARACENIC dan menara dijadikan sebagai mercu tanda Johor Bahru. 

Nak cerita banyak pun aku rasa korang mesti tak minat sangat kan? hehehe so untuk pengetahuan lebih lanjut sila Google dan Wikipedia hehehe. Jangan marah hehe.
Maaf eh, dah panjang bercerita lupa pulak nak bagitahu nama. Gambar yang seorang ni, tulah aku.Kalau kenal tak pe, kenal lagi hehehe.



Nama aku Haniff panggil Anep.Umur 18(tahun 2014) . S
eorang videographer pemegang kepada  DIY Square Rig Stabillizer (Fig Rig) hehe. Salam kenalan :D