Segamat? Tangkak? Habbo :D

Bagi aku hari ni hari yang paling seronok, thanks to my brother in law. Dia bawak aku pergi kerja dekat Segamat and Tangkak. Tapi ada masalah sikit lah, cuaca hari ni pergh! Panas beb! Dalam kereta aircon kuat pun boleh rasa bahang dia lagi, tapi ape ape pun kerja tetap jalan walaupun panas giler.

 Sampai je tangkak aku teman abang aku pergi ILP Tangkak . Boleh tahan best jugak la tempat dia, tak sabar jugak aku nak tengok aktiviti yang nak buat esok . Tapi esok bukan je aku kena datang bawa diri, tetapi esok aku kene jadi Photographer untuk program esok. Tak sabar meh nak kerja hehehehe! :P . 

Kat Tangkak, krew abang ipar aku dengan aku tidur dekat hotel Ophir Tangkak. Bagi aku tempat ni bagus jugak la. Puas hati jugak walaupun plug dia kadang kadang meyakitkan hati , tapi tak tau la macam mana kalau bilik lain en. Lepas check in kite orang pergi makan kat warung dekat sini. Sup dia pekat memang "KAW" lah beb haha. Alhamdullilah la kenyang sampai ke malam , rasa macam membazir lak beli potato chip. Hehehe.  

Lepas makan abang ipar aku tanya aku nak ikut dia pergi kerja tak. Mula mula aku rasa macam nak pergi tapi biler fikir balik. Baik rehat la sebab esok nak buat kerja. Masa dalam hotel lak, aku tak tau nak buat apa. So aku try la on Habbo . Da lama gak la tak on Habbo ni. Habbo ni sejenis chatroom dengan avatar 2D . Nak kata macam mana susah sikit lah, lebih baik kalau korang pergi Google sendiri hehehe. 

Time aku on Habbo tu , aku dapat kenal dengan orang orang dalam tu. Aku kenal diaorang dari bilik nama Malaysian High School (MHS) . Dia orang ni friendly, kelakar tapi kadang kadang dia orang ni nakal gak haha tapi normal la tu en haha. Ni gambar dia orang
 
Kiteorang yang dekat logo tu kat atas. Bermula dari logo tulis MHS sampai ke avatar laki warna hitam/ kotak. Nama id habbo yang dalam gambar ni, Masaiko , AceJieya , AyipzManz, Hanibunnystar, amyemily1992, emmyemilya, ehhadidawson
Pape pun thanks for being my friend guys :D